Saturday, July 11, 2009

FIRQATU SALMAN BAKAL GEGARKAN PENTAS MEMPAGA


Pasukan Dikir Barat (Bahasa Arab) SK Sulaiman (فرقة سلمان) sedang membuat persediaan rapi sebelum turun ke medan 'pertempuran' di SK Mempaga II 23 Julai ini.

20 orang kanak-kanak ini sentiasa peka dengan latihan dan sentiasa berhubung dengan guru pembimbing untuk 'mendesaknya' mengadakan latihan.

Sejak 2007, pasukan ini mengungguli tempat pertama dalam pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab peringkat Daerah Bentong dan mewakili daerah ini ke peringkat Negeri. Pada 2007 mereka menjadi johan dalam pertandingan yang diadakan di sekolah sendiri (SK Sulaiman). Manakala pada tahun lalu (2008) pentas SK Jambu Rias menyaksikan kejayaan mereka.

Namun berlaku satu tragedi yang mendukacitakan apabila salah seorang anggota kumpulan ini, Wan Mohd Afiq Wan Sakiman ditimpa kemalangan setelah terjatuh di tempat permainan sekolah berkenaan. Tangannya patah dan mendapat rawatan di Hospital Temerloh.


Monday, July 06, 2009

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QURAN

"ORANG YANG TERBAIK DI ANTARA KAMU IALAH YANG BELAJAR AL QURAN, KEMUDIAN MENGAJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN." Al Hadith.





KEM BESTARI SOLAT

"SURUHLAH ANAK-ANAKMU MENDIRIKAN SOLAT KETIKA MEREKA BERUSIA 7 TAHUN. PUKULLAH MEREKA 9JIKA ENGGAN MENUNAIKAN SOLAT) KETIKA BERUSIA 10 TAHUN. dAN PISAHKANLAH TEMPAT TIDUR (ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN BERMULA USIA 10 TAHUN)."